Thursday 7 June 2012

tujuan nutrien tumbuhan

KEPERLUAN NUTRIEN TUMBUHAN

APAKAH KEPERLUAN NUTRIEN BAGI TUMBUH-TUMBUHAN?  Itu merupakan satu pertanyaan yang penting untuk kita tahu dalam mempelajari ilmu Sains Pertanian di bawah tajuk yang berkaitan Pembajaan. Pokok memerlukan nutrien  untuk proses fotosintesis seterusnya membekalkan tenaga dalam bentuk gula dan sebagainya untuk pokok membesar dan memberikan hasil. Sebenarnya terdapat 12 jenis unsur nutrien (12 elements) yang perlu ujud dalam tanah untuk diambil oleh akar pokok. Unsur ini boleh di tambah dengan cara menambahkannya kepada tanah melalui proses memberikan baja mengikut formulasi yang diperlukan. Ini menyebabkan sektor industri pengeluaran baja merupakan satu industri yang bernilai berbillion ringgit diseluruh dunia dimana ianya mempastikan tumbuh-tumbuhan terutama tanaman makanan dapat menghasilkan produk makanan untuk keperluan penduduk dunia. Artikel malam Jumaat ini saya menulis beberapa nutrien penting yang di perlukan oleh tumbuh-tumbuhan bagi rujukan dan pengetahuan pembaca semua.


Sebenarnya terdapat 12 jenis unsur atau nutrien yang penting untuk pertumbuhan tanaman. Nutrien tersebut diperlukan sebagau Unsur Utama (NPK) dan juga Unsur Pekit (Selain daripada NPK). Unsur Utama adalah Nitrojan (N), Posforan (P) danKalium (K) yang lazimnya menjadi komponen utama dalam komposisi baja yang digunakan dan dijual dipasaran. Walau pun ketiga-tiga unsur tersebut diperlukan dengan kuantiti banyak tetapi unsur pekit seperti Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Sulfur (S), Zat Besi /Ferum (Fe), Manganese (Mn), Zink (Zn), Boron (B), Kuprum (Cu) dan Molybdenun (Mo)  juga signifikan keperluannya. Jadual dibawah menunjukkan nama-nama nutrien dalam Bahasa Inggeris dan Simbol-simbol yang digunakan. Setiap jenis unsur tersebut di ukur dalam bentuk yang boleh sidapati seperti bagi Nitrojan (N), Posforan (Posforus okside- P205), Kalsium (Kalsium Oksaid - CaO) dan sebagainya. 






Jadual diatas bagi tanamanJagung (Zea mays)contohnya memerlukan sebanyak 150 kg/ha  untuk nutrien untuk menghasilkan sebanyak 6 mt bijirin jagung (6,000 kg). Nutrien lain yang diperlukan adalah seperti Posforus (60 kg/ha), Kaliam (120 kg/ha), Kalsium (15 kg/ha), Magnesium (35 kg/ha), Sulfur (17 kg/ha), Zat Besi (15 kg/ha), Manganese (0.4 kg/ha), Zink (0.3 kg/ha), Boron (0.15 kg/ha), Kuprum (0.10 kg/ha) dan Molybdenum (0.01 kg/ha). Tanaman jagung juga merupakan tanaman bijirin utama didunia yang menghasilkan jagung untuk dijadikan makanan manusia dan makanan haiwan memerlukan semua 12 jenis nutrien diladang. Kegagalan untuk membekalkan nutrien tersebut dengan kadar yang mencukupi akan menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut, pengeluaran bunga kurang, pokok jagung mudah diserang perosak, pokok rebah dan akan memberikan hasil yang sedikit serta rendah kualitinya.


Berbeza dengan pokokSaderi (Apium graviolens)atau Celery yang hanya perlukan 5 jenis sahaja unsur iaitu nutrien untuk pertumbuhan yang sempurna. Bagi menghasilkan 80 mt saderi sebanyak 206 kg unsur Nitrojan sehektar diperlukan. Unsur lain adalah seperti Posforus (154 kg/ha), Kalium (240 kg/ha), Kalsium (316 kg/ha) dan Magnesium (24 kg/ha). Sadri memerlukan masa selama 6 minggu untuk dituai selepas ditanam. Penuaian celery di kawasan Eropah dijalankan dalam 4-5 kali pemotongan ratoon tetapi saderi di Malaysia jarang-jarang di buat ratoon. Bahan nutrien Unsur Pekit tidak kritikal untuk pertumbuhan saderi. Sebenarnya telah banyak kajian dijalankan oleh agronomis untuk mengetahui keperluan kadar nutrien dalam tanah untuk tumbuhan. Pelbagai faktur membezakan keperluan unsur makanan tumbuh-tumbuhan bergantung kepada jenis tanaman, jenis tanah, cuaca, altitud, umur pokok, sistem pengairan dan banyak lagi. Artikel ini diharap telah dapat menambahkan sedikit maklumat berguna kepada pembaca semua. Wasallam.


NUTRIEN DIPERLUKAN... UNTUK TUMBUHAN...
UNSUR UTAMA... MEMANG N,P,K DI PERLUKAN...
UNSUR PEKIT.. PENTING DIBEKALKAN...
TABUR BAJA... MENETUKAN KESUBURAN... 



Wednesday 6 June 2012

langkah-langkah penyemaian biji benih

Merendam Biji Benih
Rendam biji benih tersebut ke dalam bekas yang berisi air. Boleh gunakan air paip. Namun begitu adalah lebih baik sekiranya air paip yang digunakan tersebut mempunyai bacaan sekitar 5.8pH.

1. Tujuan proses rendaman ini adalah :-

•Memastikan cengkerang/kulit biji benih cili lebih lembut dan memudahkannya untuk bercambah.
•Sebaiknya ambil biji benih yang tenggelam sahaja. Biji benih yang tidak tenggelam, ada kemungkinan ianya kurang baik.
Proses rendaman ini hendaklah dibuat selama semalaman. Boleh juga menggunakan air panas sekadar suam kuku bagi mempercepatkan proses rendaman tersebut kepada 2-3 jam sahaja.

Untuk lebih baik, selepas rendaman pertama ini, bolehlah direndamkan pula ke dalam bancuhan racun kulat (gunakan racun thiram) selama 5-10 minit untuk tujuan perlindungan daripada serangan penyakit samada dari biji benih mahupun apabila pokok telah dewasa.

2. Mengeringkan Biji Benih

Apabila telah cukup tempoh rendaman, toskan airnya dengan menggunakan alat penapis. Boleh gunakan penapis teh.

Letakkan biji benih yang telah ditoskan airnya ke atas kertas suratkhabar dan dilipatkan bagi tujuan pengeringan. Ini akan memudahkan kerja-kerja menyusun biji benih ke dalam tray semaian. Sekiranya biji benih basah ianya akan melekat-lekat diantara satu sama lain.

3. Penyediaan Media Semaian

Sambil menunggu biji benih kering, maka proses menyediakan media semaian boleh dilakukan. Media semaian yang boleh di gunakan adalah terdiri daripada Peat Moss/Holland Peat dan lain-lain. Ianya dikenali juga sebagai baja kompos.

Jangan menggunakan media semaian seperti tanah atau baja bakar!!!

Isikan media semaian (Peat Moss) ke dalam bekas semaian. Peat Moss hendaklah ditekan dengan jari pada kadar sederhana. Jangan isikan terlalu padat kerana ianya akan melambatkan percambahan biji benih dan menyebabkan akar pokok sukar bergerak. Sebaiknya isikan peat moss pada kadar 85-90% penuh.

4. Menyemai biji benih

Seterusnya, ambil dan letakkan biji benih yang telah dikeringkan di atas kertas suratkhabar itu tadi ke dalam setiap lubang yang berisi peat moss pada tray semaian tersebut. Pastikan biji benih diletakkan di tengah-tengah kedudukan setiap lubang bagi memastikan akar pokok mendapat ruangan yang secukupnya.

NOTA : Pilih hanya biji benih yang baik dan elok sahaja.

5. Kedalaman Semaian Biji Benih

Biji benih perlu disemai pada kedalaman 3~5mm di dalam peat moss. Untuk memudahkan kerja-kerja ini, gunakan lidi atau pencungkil gigi sebagai penyukat dan tandakan ukuran yang dikehendaki dengan menggunakan pen/pensil.

Dengan menggunakan penyukat ini, tekan/benamkan biji benih ke dalam peat moss secara perlahan-lahan sehingga mencapai ukuran yang dikehendaki (3~5mm).

Kemudian timbus biji benih tersebut dengan menggunakan jari tangan secara perlahan. Jangan ditekan!!!

6. Menyiram

Kemudian siram air secara rata sehingga basah ke atas peat moss dengan menggunakan spray. Berhati-hati semasa siraman agar biji benih tidak beralih kedudukannya dari dalam peat moss tersebut.

7. Penyimpanan

Tray semaian ini kemudiannya hendaklah diletakkan jauh daripada cahaya matahari yang boleh menyebabkan peat moss menjadi cepat kering. Peat moss hendaklah sentiasa berkeadaan lembab pada sepanjang masa sebelum biji benih bercambah. Oleh itu, penyiraman dicadangkan dilakukan sebanyak 2 kali sehari.

Salah satu kaedah lain untuk mengekalkan kelembapan peat moss ialah dengan meletakkan satu lagi tray semaian (kosong) secara terbalik ke atas tray semaian yang berisi biji benih itu tadi. Ini juga akan memudahkan kita untuk memeriksa dan menyiram dengan air. Ini juga dapat memastikan cahaya matahari tidak sampai kepada peat moss.

8. Biji Benih Bercambah

Pada kebiasaannya, biji benih akan mula bercambah di dalam tempoh masa 3-5 hari dari tarikh semaian. Tray kedua (tray kosong) hendaklah dialihkan apabila biji benih telah mula bercambah. Dalam masa yang sama, penyiraman air hendaklah diteruskan. Dalam masa 5~7 hari biji benih akan mengeluarkan 2 daun.

9. Pendedahan Kepada Cahaya Matahari

Apabila kedua-dua daun tersebut telah terbuka, maka ianya perlulah didedahkan kepada cahaya matahari yang sederhana panas tetapi hendaklah dijauhkan daripada terkena hujan.

tanaman fertigasi

tanaman fertigasi

PENGENALAN KEPADA TANAMAN FERTIGASI

                MAKSUD FERTIGASI
Penanaman secara Fertigasi ialah kaedah penanaman di mana baja lengkap dalam bentuk larutan nutrient diagihkan ke pangkal tanaman tanpa menggunakan tanah.Pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang sesuai mengandungi media bukan tanah, maka ia tiada nutrient yang seimbang. Oleh itu, prestasi tanaman sangat dipengaruhi oleh kadar nutrient yang seimbang, kepekatan dan mutu baja yang dibekalkan.
Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation. Sistem Fertigasi ialah satu daripada cabang hidroponik yang antara lain terdiri dari Sistem Titis Mikro.

TANAMAN YANG SESUAI UNTUK FERTIGASI
Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah seperti tomato,timun jepun,cili merah,terung,melon, strawberi dan juga pokok hiasan. Umumnya tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi dipasaran.

KELEBIHAN FERTIGASI
Teknologi pertanian masa kini terus berubah mengikut perubahan zaman. Hasil pengeluaran bukan sahaja dapat ditingkatkan dengan berganda tetapi kaedah penanaman dapat dipermudahkan, mengelak serangan musuh perosak dan pada masa yang sama kos buruh dapat dikurangkan. Kaedah Fertigasi kini semakin mendapat tempat di Malaysia dan mula diusahakan oleh pelbagai golongan terutama usahawan dalam bidang pertanian.
Kelebihan Sistem Fertigasi antara lain pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran.Baja terus diberi kapada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga.Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan.Sistem ini juga tidak menggunakan tanah.

TUJUAN FERTIGASI
Tujuan utama Fertigasi ialah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti oleh penyakit akar seperti Phytium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bacteria. Ini semua berasal daripada tanah. Penyakit lain yang merbahaya ialah penyakit hawar pucuk dan Antraknos pada cili.
Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat,sekam padi,rootwool,perlite,zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi.Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan mudah digunakan.

Pengusaha boleh mengelakkan tanaman mereka daripada dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah. Selain daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana sahaja asalkan cukup cahaya untuk tujuan fotosintesis dan mempunyai tempat untuk meletak polibeg.

Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala setiap hari. Larutan baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat pokok diberikan terus ke akar tanaman.
CONTOH GAMBAR DAN LAKARAN FERTIGASI




Teknologi sistem fertigasi ini paling praktikal dibuat di bawah Struktur Pelindung Hujan untuk mengelakkan tanaman yang ditanam tidak mudah dijangkiti oleh sebarang penyakit sama ada penyakit daun, pucuk dan buah yang disebabkan oleh percikan hujan. Selain daripada melindungi tanaman daripada jangkitan penyakit, struktur pelindung hujan juga dapat mengelakkan larutan baja yang diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair akibat air hujan dan mengakibatkan pertumbuhan pokok terjejas dan hasil merosot.